Saturday, March 8, 2014

Malaysia Career Training Fair 2014 ( MCTF)

Assalamualikum readers~~

Sekarang nie ade good news for all unemployed out there!!! sebab ape aku cakap mcm tu?sebab skrg nie MCTF sedang berlangsung di Mid valley selama 3 hari berturut - turut bermula arinie, 7 march 2014 ~ 9 march 2014.So pada sesape yang belom keje lagi tu atau yang dah keje tapi nak bertukar angin bole la drop uolls punye CV kat situ, mana tau rezeki,kot2 dapat la plak..So, this is my first time pegi career fair nie..menarik la jugak sebab banyak company2 besar kecik yang bukak booth dorang kat sane,ade company oil & gas, construction, banking and mcm2 adeee.. tapi ape yg bole aku ckp this place is not suitable for the event like this. CROWDED!..dengan parking nye susah ,jemnye lagi mmg jenuh la nak pegi. So pada korang yg nak pegi tu aku suggest kan pegi lah di awal pgi dengan menaiki public trasport,lagi jimat masa dan tenaga. For more details, korang bole view this web http://www.jobstreet.com.my/event/malaysia-career-training-fair/jobseeker/home.htm?2

Wish u good luck!!!

Tuesday, February 25, 2014

Asam Pedas Melaka

Assalamualikum Readers ~~`

Readers? ade ke readers nye?hahaha..whatever la..Okey,now lets move to our point. Actually I came from Malacca, mmg anak jati melaka.Since born, primary school, secondary school, time dip dulu sume kat melaka. Cuma skrg nie je continue degree and kerja di Shah Alam, bandar penuh roundboard, hehe..So, klau dah kata anak jati melaka nie mestilah kenal dengan asam pedas, tak gitu gamaknye..Aku nie tak de la kate expert sgt buat asam pedas nie, cumanye klau aku buat tu ade rase la,tidak ler tetiba rase masak lemak cili padi..heheeh, aku merepek. Every time aku blek melaka, this is one of the main course yang aku x pernah miss nak masak, wajib!. So sebelum korang hempas laptop korang sebab bosan baca aku punye repekan, jmai sini aku share resepi asam pedah meleleh nie,..

Gambar di sponsor oleh Mr.google!

Maka bahan2nya :

Bahan A

1 biji bawang besar
3 ulas bawah putih
1/2 inch halia
1/2 inch kunyit hidup
1 sudu kerisik
1 sikat daun kari
Cili kering mesin
1 sk halba

Bahan B

Air asam jawa
Secubit serbuk perasa
Air
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa


Cara - cara membuatnya :

1) Tumbukkan kesemua bahan A, kecuali daun kari, cili merah dan halba
2) Kemudian Tumiskan halba dan daun kari diikuti dengan bahan - bahan yang ditumbuk
3) Setelas semua bahan tumisan wangi, masukkan cili mesin
4) Setelah masak cili yang ditumis, masukkan air asam jawa,air dan diikuti dengan bahan utama ( ikan)
5) Masukkan sedikit garam, serbuk perasa serta serbuk lada hitam
6) Biarkan sehingga mendidih. Sebagai accessories, bole lah ditambahkan dengan bendi mahupon tomata atau terung.


Taraaa..siap! pasnie bole lah feeling2 ade kat melaka sambil menikmati asam pedas. Kalau korang rase resepi nie x membantu, mai la singgah melaka, rase yang asli punye..

Selamat mencuba~~!











Wednesday, July 10, 2013

Berubah Kerana Allah

Tadi masa saje duduk2, terfikir 1 benda nie...Macam mana org dapat hidayah? So utk entry kali nie aku nak citer skit la pasal Hidayah Allah nie..Hidayah nie datang dalam pelbagai cara,sometimes dengan cara mimpi la,musibah dan sebagainye..and kita sebagai seorang manusia which is muslim,kite x bole la nak judge org yg "x berapa nak baik" nie mcm smpah plak..Kite mesti lah sentiasa encourage mereka2 yg macam nie dengan cara dan jalan yg betol. Klau nak tegur tu, tegur la dengan cara yg berhemah,jgn pakai sembur jer..Sometimes, dorang2 nie memerlukan someone yg boleh membimbing mereka ke arah yg lebih baik, cume kekadang dorang nie malu nak minta bantuan. Maksudnye, mcm nie..mcm pasangan kekasih la katekan, klau sorang tu mmg sosial x hengat dunia, insyaallah die akan diketemukan dengan seseorang yg cintakan agama, yg bole membimbing each other. Aku mmg xberape nak setuju, bile org cakap.."org yg baik akan dijodohkan dengan org yg baik" & begitulah sebaliknya. Tapi, cube korang pikir secara logik, klau org yg x berapa nak baik nie dijodohkan dengan org yg sekufu dengan die, so sape yg nak bimbing sape??Mesti lah ade pro & cons, baru adil...Then, satu lagi nie..dulu solat pon susah,dok mabuk bercinta x hengat dunia..pastu bile da break up, baru nak igt Allah, baru nak nmpak sejadah ...Kenape skrg baru nak buat semua tu??nak ckp baru dapat hidayah ker??Berubah kerana Allah..bukan berubah kerana baru dapat hidayah ker atau pon berubah sebab putus cinta..So, maaflah la yer, segala pandangan di atas hanya lah pendapat diri, bukan untuk menghina org lain dan tiada kene mengena dengan sesiapa sahaja..Semoga kite sentiasa berada di Jalan Allah, dan semoga Allah SWT melorong kita kejalan yg betol .
 
Disini aku nak share ckit tentang sebab2 seseorang itu mendapat hidayah..thank to Halaqah.net
Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di anatara satu sama lain tidak sama. Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:

dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana keluarga. Orang ini agak bernasib baik.

dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang sepeti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).

orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.
orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideology serta bergaul dengan golongan-golongan itu, maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran.

orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama, maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi Alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.

orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya aya, kenderaan mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, berkasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan dia insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebhagiaan di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.

orang yang sentiasa mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa yang hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran.
 
orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.
 
Subhanallah,selamat membaca:)


 

Monday, July 8, 2013

Ramadan Datang lagi

yuhuuu..akhirnye, Berjaya jugak aku daaptkan balek password blog nie..haha..sekian lama x menghupdate blog nie, so this time ade a few things yg nak share ngan korang. First of all, syukur Alhamdulillah di atas kurniaaan Allah SWT. Tahun nie, pada angka 24 tahun, aku masih lagi di berikan nafas panjang oleh yg maha Esa. Alhamdulillah, sekali lagi, dapat aku meraikan ramadhan al -Mubarak. Yang bestnye, tahun nie parents aku pon dok skali mai sini meraikan ramadaan bersama anak-anaknye.Syukur Alhamdulillah di kurniakan parents yang begitu memahami kehendak anak - anak mereka. Okey, back to the topic..hopefully , tahun nie segala amalan yg aku lakukan sepanjang Ramadan di terima Allah SWT. yelakan, kite nie sebagai manusia tidak lepa dari dosa2, baik dosa kecil mahupon dosa besar.I hope so yg malam malam aku nant akan di temanai dengan solat terawih,honestly cakap..xpenah penuh. Yelakan, disamping mengalami masalah2 PMS nie, kengkadang sebab menghadiri jemputan berbuka puasa di luar . Huhu, mane nak penuhnye. Tapi as long as,solat 5 wakt x tinggal..aku bersyukur. Sometimes, kite sebagai manusia, benda2 mcm nie selalu amek mudah..kengkadag lambat la, leka la..tapi klau nak kata lupa tu tipu la,this is one of our ibadah,,*WAJIB K WAJIB!*  mana bole lupe bende2 mcm nie..So, diharapkan Ramadan kali ini akan membawa banyak perubahan2 positif kepada diri aku, baik amalan, tutur kata kata mahupon pergaulan. Huhhhh..rase mcm buat karangan kat sekolah plak, hahaah..okey la, akhir kata..selamat menyambut bulan Ramadan al- Mubarak, semoga kalian semua dapat memanfaatkan masa selama sebulan ini dengan perisian2 yg bermanfaat, semoga dapat mengubah diri menjadi yang lebih baik..mana yg selalu dok ponteng pose tu, igt la..Allah SWT masih sygkan kite, maka bertaubat..masih ade kesempatan untuk berubah. Oritee...see u again.

Thursday, October 4, 2012

Part Time Student

Skali korang bace je title yg aku publish nie mesti korang da tau kan ape itu part time studdet..Fyi, aku adelah salah seorang part time student from UITM shah Alam..Disamping bekerja keras,aku pon nak la jugak bercita2 nak abiskan pengajian peringkat degree..Member lain sume da nk abis, aku baru je nak start.. Tp xpe, aku xpenah rasekan bende nie satu beban ,aku terime bende nie seadanya..bak kata pepatah oghang puteh.." You Pay What U buy"..Tp bezanye part time and full time student nie adalah...of course la yg first thing first is part time student mestilah bijak membahagikan mase antara study and kerja..Mase jgn ckp la..mmg terhad..tup tap tup tap da nak final..tp seronoknye adlh most of our quiz, bole buat kat rumah!!! huhuhuh..So, for u guys yg kat luar 2 yg bekerja tapi masih berangan angan utk menyambung pengajian anda, sila la mulakan langkah anda dr skrg..xrugi pon..Good luck for you guys out there!!!

Dunia Baru...

Hye u olls..short introduction from me..name aku cik nadhirah bte sarif, u olls bole panggil dira @ nad..actually da lame giler nak buat belog nie..tp disebabkan oleh kengkangan mase dengan kerjaya dan pelajar, maka haruslah dilupakan sebentar angan2 jenin tuu..So, now da relax ckit drpd dunia kerjaya so boleh la memberikan tumpuan skit pada dunia baru ku ini..chewahhh..huhuh.. So guys, hopefully dapat support from u olls sume, almaklum la..aku nie bukan geti mane pon nak berbelog nie..Okey...wait for my next entry k..daa..!